SeLaMaT DaTaNg
Selamat datang ke Homestay Opah
Kami menyediakan penginapan yang selesa dan bertaraf 4 bintang kepada pengunjung yang ingin merasai percutian yang menarik
Ciri-ciri penginapan yang disediakan ialah:-
• 1 ruang tamu (penghawa dingin), 1 bilik tidur (penghawa dingin) dan 2 bilik air (water-heater, tuala)
• Perabot yang lengkap (katil size Queen, sofa, lampu tidur, televisyen, meja makan, cerek elektrik, cawan dan gelas)
• Astro, WIFI, permainan video games
• Perabot yang lengkap (katil size Queen, sofa, lampu tidur, televisyen, meja makan, cerek elektrik, cawan dan gelas)
• Astro, WIFI, permainan video games
UrUtAn TrAdIsIoNaL uNtUk WaNiTa
Urut Tradisional
Apakah dia rawatan urut tradisional? Rawatan urut tradisional adalah adalah rawatan urut yang dijalankan oleh orang Melayu untuk membetulkan urat dan mengeluarkan angin dari badan sejak berpuluh tahun yang lalu.Rawatan urut tradisional ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu kini kerana rawatan urut tradisional ini amat berkesan untuk merawat segala penyakit.Rawatan urut tradisional ini sememangnya disukai oleh semua bangsa di negara ini kerana rawatan urut tradisional ini adalah rawatan urut yang sememangnya tidak mengecewakan si pelanggan atau pesakit.Dalam mengetahui definisi rawatan urut tradisional ini,kita mesti juga tahu langkah-langkah rawatan urut tradisional ini dijalankan oleh pakar urut tradisional.
Urut Tradisional Seluruh Badan
Semasa Meniarap.
1. Urut Tradisional Tapak Kaki Dan Jari : Cara yang paling baik untuk urut tradisional tapak kaki dan jari ialah melalui picit refleksi.Terdapat sekurang-kurangnya 61 tempat daerah refleksi di sekitar kaki dan dengan hanya memicit atau mengurut di tempat-tempat tersebut,membolehkan pengaliran darah pada organ-organ tertentu di dalam badan berjalan lancar.Punca utama seseorang terkena penyakit adalah disebabkan terhalang dan tersekatnya pengaliran darah pada mana-mana satu organ tubuh.Untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam rawatan urut tradisional tapak kaki dan jari ini,kaedah picit refleksi tersebut hendaklah digabungkan dengan kaedah asal rawatan urut tradisional dalam mengurut bahagian ini.
2. Urut Tradisional Betis / Labu Betis : Ramai orang mengalami sakit atau lenguh betis di mana bilamana mereka duduk,berdiri,berjalan dan berlari,kesakitan betis ini memberikan satu gangguan kepada perjalanan aktiviti mereka tersebut.Lenguh-lenguh tidak dapat diceritakan lagi sehinggakan hendak melangkah pun terasa amat sakit.Angin angin yang berkumpul di otot-otot betis ini sebenarnya menjadi penyebab kepada lenguh betis ini sebenarnya.Dalam rawatan urut tradisional betis / labu betis,seseorang pesakit akan diberi rawatan urut tradisional di 2 otot besar yang terdapat di betis tersebut.Setelah urut tradisional tersebut,angin akan hilang dan pesakit akan merasa lega.Baki yang di sebelah bawahnya itu akan diurut semasa pesakit berada dalam keadaan terlentang nanti.Semasa pesakit diberi rawatan urut tradisional betis / labu betis tersebut,pesakit juga akan diberi rawatan urut tradisional di perlipatan lutut (bahagian bawah dari lutut) kerana di sini adalah tempat terkumpulnya bahan bahan toksid dan kotoran.
3. Urut Tradisional Belakang Paha : Ramai orang mengalami lenguh di bahagian paha terutamanya belakang paha.Paha mereka terasa gatal,sakit dan lenguh.Dari akibat tersebut,aktiviti kehidupan harian mereka terganggu bilamana mereka juga akan merasa tidak berapa kuat di bahagian paha untuk mengangkat sesuatu.Batin mereka juga tidak berapa kuat akibat sakit dan lenguh di bahagian belakang paha ini.Untuk pengetahuan anda,paha dan belakang paha adalah urat utama bagi saraf batin bagi lelaki.Jika terdapat banyak angin atau ketulan di bahagian bawah paha ini,biasanya batin seseorang itu akan menjadi tidak bermaya atau lemah.Di bahagian paha dan belakang paha ini terdapat 14 garisan bagi urat saraf tenaga batin.Bilamana paha atau belakang paha ini diberi rawatan urut tradisional paha,insyaallah,batin serta juga otot di paha akan menjadi kuat semula.
4. Urut Tradisional Punggung / Isi Punggung & Pinggang : Punggung merupakan satu tempat yang terdiri segala-galanya.Di sini terdapat banyak otot yang bersilang dan unik.Bahagian ini sebenarnya terdiri daripada isi dan juga otot.Bahagian ini juga merupakan pusat bagi urat saraf tenaga batin.Ada ramai yang mengalami sakit bahagian punggung dan sakit tersebut pastinya merebak ke pinggang.Jika sakit punggung,maka anda juga akan sakit pinggang.Jika sakit atau lenguh di punggung,biasanya tenaga batin seseorang itu juga mengalami masalah.Dalam rawatan urut tradisional lenguh punggung & pinggang ini,tukang urut tradisional akan membuang segala angin di punggung & pinggang.Cara urut tradisional di punggung sebenarnya unik.Ada pelbagai cara.Yang semestinya,cara terbaik untuk rawatan urut tradisional punggung adalah dengan menggunakan jari.Dalam masa urut tradisional punggung tersebut,tukang urut tradisional akan mengesan dan merasa angin yang berkumpul di bahagian tersebut.Selepas itu,tukang urut tradisional akan mengurutpula bahagian pinggang kerana kedua bahagian ini berkait rapat antara satu sama lain.
5. Urut Tradisional Belakang Badan : Terlalu ramai sebenarnya orang yang mengalami sakit atau lenguh di bahagian belakang.Mereka tidak tahu tempat mana untuk mendapatkan rawatan urut tradisional sakit belakang ini kerana bukan semuanya tukang uruttradisional berjaya dalam rawatan urut tradisional sakit atau lenguh bahagian belakang ini.Kebanyakan tukang urut tradisional ini lebih tertumpu kepada kepercayaan tertentu dalam memberi rawatan urut tradisional mereka.Sebenarnya untuk pengetahuan anda,sakit belakang ini berpunca juga dari masalah angin yang banyak di anggota kaki,betis,paha,punggung dan juga pinggang.Mereka saling berhubungan.Tetapi bilamana pesakit diurut untuk merawat sakit atau lenguh di pinggang ini,tukang urut tradisional juga akan mengurut serentak untuk bahagian punggung dan juga pinggang.Tukang nurut tradisional tersebut akan membuang segala angin di kawasan terbabit.Jika tidak dibuang angin di dua kawasan terbabit,masalah sakit belakang akan datang kembali.Perlu berhati-hati dalam menjalani sesi rawatan urut tradisional sakit belakang ini.Jika kerap melakukan urutan yang tidak betul,pesakit rawatan urut tradisional tersebut berkemungkinan besar akan mengalami lumpuh.Terdapat masalah besar di mana ramai tukang urut tradisional tidak begitu teliti dalam memberi rawatan urut tradisional sakit atau lenguh belakang ini.Sememangnya ilmu atau pengetahuan rawatan urut tradisional sakit belakang ini tidak hanya boleh diperolehi melalui pembelajaran sahaja.Bakat atau keistimewaan dalam memberi rawatan urut tradisional sakit belakang ini juga semestinya penting.Dalam rawatan urut tradisional sakit atau lenguh belakang saya,saya sememangnya berkemampuan untuk menghilangkan segala angin yang terdapat di bahagian terbabit.Ada caranya yang tersendiri.Saya adalah seorang yang teliti dan sememangnya saya akan memastikan segala angin di urat belakang pesakit saya akan hilang semuanya dan pesakit rawatan urut tradisional saya akan menjalani kehidupan tanpa sakit belakang yang berulang lagi.Untuk pengetahuan anda,urut tradisional belakang ini sebenarnya juga penting untuk melegakan asma dan juga dapat mengeluarkan kahak dan lendir yang boleh melegakan urat saraf di paru-paru.
6. Urut Tradisional Kawasan Tulang Belikat : Tulang belikat adalah tulang tiga segi sebesar 2 tapak tangan setiap satu yang terletak di belakang badan di bawah sikit dari paras bahu.Terdapat 2 tulang belikat iaitu belikat kiri dan kanan.Masalah sakit atau lenguh kawasan tulang belikat ini berkait rapat dengan masalah angin yang terdapat di 2 urat besar di belakang badan.Angin tersebut akan berjangkit di kawasan tulang belikat di mana ketulan angin akan berkumpul di bawah celah tulang belikat.Akibatnya belakang,bahu dan leher kita akan merasa lenguh dan menimbulkan rasa yang amat perit terutama apabila kita membongkok atau melakukan kerja berat.Semua ini akan berjangkit juga ke bahagian kepala.
9. Urut Tradisional Bahu Dan Rusuk Leher : Seseorang pesakit akan merasa sakit dan lenguh yang teramat sangat di bahagian ini kerana angin yang berkumpul di bahagian bahu dan juga di belakang leher.Angin yang berkumpul di bahu sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan penimbulan angin di belakang leher ini.Sesungguhnya,angin dan kesakitan ini amat mengganggu keseluruhan aktiviti kehidupan harian seseorang individu.Dalam rawatan urut tradisional,rawatan urut tradisional yang diberikan di kawasan ini biasanya menggunakan permukaan ibu jari.Tukang urut tradisional akan mengesan angin yang terdapat di bahagian ini dan kemudian rawatan urut tradisional bahu dan rusuk leher yang teliti akan dibuat untuk menghilangkan segala keseksaan tersebut.
Semasa Terlentang.
1. Urut Tradisional Betis & Urat Tepi Tulang Kering : Pada masa pesakit terlentang ini,tempat pertama yang hendak diberi rawatan urut tradisional adalah betis.Urat yang hendak diurut terletaknya berhampiran dan selari dengan kedudukan tulang kering.Ianya berukuran sebesar ibu jari kaki dan panjangnya tak lebih dari 1 1/2 kaki.Dengan lain perkataan,ukuran panjang urat di tepi tulang kering itu ialah 3/4 daripada ukuran jarak dari buku lali ke lutut.Ianya terletak dari aras buku lali sebelah luar / rusuk dan terus hingga berhampiran dengan lutut.Cara rawatan urut tradisional di tempat itu sungguh rumit kerana ianya memerlukan kepada kemahiran serta kebiasaan mengurut.Jika tukang urut tradisional itu tersilap langkah,sudah pasti akan terkenalah pada tulang kering dan boleh menyebabkan pesakit mengeluh kesakitan.Kawasan kesakitan itu akan terus dirasai hingga beberapa hari.Pada rawatan urut tradisional saya,urut tradisional betis dan urat tepi tulang kering ini saya biasanya saya mulai dengan mengurut kaki terlebih dahulu mengikut kaedah urut tradisional tapak kaki refleksologi.Kemudian barulah saya mengurut di bahagian betis dan tepi tulang kering.
2. Urut Tradisional Paha Luar & Dalam : Urut tradisional di bahagian paha terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pertama urut tradisional paha belakang dan kedua urut tradisional paha luar & dalam.Dalam rawatan urut tradisional paha luar & dalam ini,ia terbahagi kepada paha bahagian dalam,paha bahagian atas dan paha bahagian tepi / rusuk. Pada keseluruhan bahagian paha,terdapat 14 garisan saraf tenaga batin yang mana saraf tersebut letaknya di celah-celah otot paha tersebut.Urut tradisional paha luar dan dalam ini amatlah diberi keutamaan oleh tukang urut tradisional pakar,kerana di sinilah letaknya kunci-kunci kepada urat-urat syahwat orang lelaki.Pemuda-pemuda yang sihat dan masih bujang,apabila diurut di bahagian paha luar & dalam ini,kemaluan mereka pun secara automatik akan menjadi tegang bahkan ada pula yang akan terpancut keluar air maninya tanpa disedari.
3. Urut Tradisional Perut : Pernah di beberapa perbincangan dengan pelanggan di kalangan doktor perubatan,ramai juga di antara mereka itu telah menasihati supaya seboleh-bolehnya dikecualikan mengurut di kawasan perut,lebih-lebih lagi jika seorang pelanggan itu seorang yang gemuk dan berperut buncit.Mereka juga berpendapat bahawa rawatan urut tradisional di perut dengan menggunakan jari oleh sesetengah tukang urut tradisional sungguh membahayakan.Berkemungkinan sekiranya diurut pada bahagian perut dengan menggunakan jari,boleh meninggalkan kesan-kesan sampingan seperti calar merah,lebam dan luka.Satu lagi nasihat yang pernah diterima ialah,jangan sekali-kali menekan atau mengurut di pusat kerana itu amalan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada seseorang pelanggan.Walaupun begitu,ramai tukang urut tradisional berpendapat dan bertegas untuk terus menjalankan rawatan urut tadisonal di sekitar perut dengan membuat beberapa penyesuaian berdasarkan kepada garis panduan dan nasihat yang diberikan oleh pelanggan yang terdiri daripada golongan pegawai-pegawai perubatan.Beberapa ujian telahpun dibuat tentang keberkesanan cara rawatan urut tradisional di perut dan didapati bahawa kaedah urut tradisional ini telah memberikan keselesaan dan tidak meninggalkan apa-apa kesan sampingan atau kemudaratan kepada pelanggan.
4. Urut Tradisional Lengan Dan Ketiak : Ketulan angin yang terkumpul di kawasan lengan sebenarnya akan menyebabkan lengan dan ketiak menjadi lenguh,sakit serta gatal.Kaedah dan cara rawatan urut tradisional lengan sebenarnya seakan sama dengan rawatan urut tradisional di paha.Kawasan lengan terbahagi kepada 4 tempat iaitu i. Kawasan atas lengan(bermula dari pergelangan tangan sampai ke perlipatan siku), ii. Kawasan dalam lengan(bermula dari pergelangan tangan @ tapak tangan sampai ke perlipatan siku), iii. Kawasan rusuk lengan(bermula dari perlipatan lengan terus melalui otot besar yang timbul di lengan tu sampai ke pangkal bahu) dan iv. Kawasan rusuk lengan(bermula dari bawah lengan sampai ke ketiak).Mendapatkan rawatan urut tradisional di kawasan lengan sebenarnya dapat menguatkan lagi otot lengan tersebut serta genggaman tangan kita akan menjadi bertambah kuat.Mendapat rawatan urut tradisional di kawasan ketiak pula sebenarnya baik bagi pengidap asma dan orang yang kuat merokok.Urut tradisional di ketiak ini dapat melegakan saluran bronchus atau pernafasan dan dapat melekangkan kahak serta lendir yang tersumbat.
5. Urut Tradisional Tangan Dan Jari : Untuk pengetahuan anda,tapak tangan sebenarnya adalah tempat yang mempunyai punca-punca urat saraf untuk keseluruhan organ selain daripada telinga dan tapak kaki.Dalam urut tradisional tangan dan jari ini tukang urut tradisional akan mengurut tangan bermula dengan tangan bahagian atas diikuti dengan tangan bahagian bawah.Selepas itu sesi urut tapak tangan bermula diikuti dengan urutan pada jari pelanggan atau pesakit.
6. Urut Tradisional Dada Dan Tulang Rusuk : Tujuan sebenar urut tradisional di bahagian dada dan celah-celah tulang rusuk ialah semata-mata untuk memberikan keselesaan pada sistem pernafasan seseorang.Selain itu,ia juga telah terbukti boleh menghilangkan perasaan seperti dicucuk dengan jarum sekali sekala di sekitar dada khususnya bagi mereka yang kuat merokok.Urut tradisional dada dan tulang rusuk ini juga boleh melegakan asma bagi yang mengidap asma.Sesungguhnya,dengan urut tradisional dada dan tulang rusuk ini sebenarnya dapat melegakan salur bronchus atau pernafasan dan dapat melekangkan kahak serta lendir yang terdapat dan tersumbat.Semasa rawatan urut tradisional saya,saya biasa mengurut dada dan tulang rusuk pada masa terakhir rawatan urut tradisional saya.
7. Urut Tradisional Muka : Kaedah dan cara urut tradisional muka dikira agak rumit kerana ianya terbahagi kepada beberapa peringkat dan tertumpu di tempat-tempat tertentu sahaja.Tujuan utama urut tradisional di bahagian muka hanyalah sekadar untuk memberikan sedikit kerehatan pada urat-urat saraf anggota yang terdapat di sekitar muka.Selain itu,amalan mengurut muka juga boleh menenangkan fikiran serta memudahkan tidur.Urut muka juga boleh menjadikan muka kita akan kelihatan muda dari sebenar.Urut muka boleh juga dilakukan sewaktu kita membersih atau mencuci muka dengan pembersih muka iaitu dengan cara mengurut muka dalam bentuk bulatan dari dagu ke arah atas.Ini untuk membolehkan isi muka /pipi naik dan mengelakkan jatuh.Jangan urut muka dari atas ke bawah.Nanti muka kita akan jatuh dan kita akan kelihatan tua.Antara tempat-tempat yang menjadi sasaran urut tradisional pada muka adalah dahi,lubang cengkungan mata bawah kening serta sendi-sendi tulang rahang dan pipi.Urutan di dahi bermula dari tengah dan tekan serta tolak ke tepi kanan dan kiri.Urutan di lubang cengkungan mata ialah dengan menggunakan jari telunjuk kiri dan kanan iaitu urutkanlah dari tepi batang hidung kanan dan kiri.Kemudian urutkanlah pula ia di dalam lubang cengkungan mata iaitu di bawah kening tolak ke tepi kanan dan kiri hingga separuh daripada bingkai lubang cengkungan mata.Rawatan urut tradisional pada bahagian muka ini biasanya diberikan dalam rawatan urut Aromatherapi Dan Thai Massage
Semasa Duduk Bersila.
1. Urut Tradisional Rusuk,Leher Dan Bahu : Untuk memastikan angin yang berkumpul dihapus sepenuhnya serta memudahkan rawatan urut tradisional rusuk,leher dan bahu ini,biasanya pelanggan atau pesakit diminta oleh tukang urut tradisional untuk duduk bersila.Ini kerana rawatan urut tradisional di bahagian ini akan menjadi lebih mudah kerana otot akan lebih timbul berbanding pesakit dalam kedudukan terbaring.Biasanya,tukang urut tradisional akan memberi rawatan urut tradisional di bahagian ini dengan menggunakan siku,belakang perlipatan jari dan juga dengan memggunakan permukaan ibu jari.Ini semua bergantung setakat mana tahap kesakitan yang dialami aleh pelanggan atau pesakit di bahagian ini.Semasa rawatan urut Aromatherapi Dan Thai juga,pesakit biasanya diberi rawatan bagi urut tradisional rusuk,leher dan bahu ini.
2. Urut Tradisional Belakang Leher Dan Kepala : Bagi seorang pelanggan yang tidak cukup tidur,stress dan sebagainya,urat di belakang leher akan didapati bengkak.Hal ini akan menyebabkan keadaan yang lenguh,tidak selesa serta pening kepala melanda seseorang individu tersebut.Untuk penyembuhan secara menyeluruh,tukang urut tradisional biasa akan memberi sekali rawatan urut tradisional di bahagian bahu kerana sakit atau lenguh di bahagian belakang leher dan kepala ini berkait rapat dengan urat di bahagian bahu.Biasanya,tukang urut tradisional akan memberi rawatan urut tradisional belakang leher dan kepala ini dengan menggunakan permukaan hadapan ibu jari tangan.Setelah menjalani rawatan urut tradisional belakang leher dan kepala ini dari tukang urut tradisional pakar,pelanggan atau pesakit akan merasa lega dan pening kepala sudah tiada lagi.
3. Urut Tradisional Memegang Dan Menarik Rambut : Untuk rawatan urut tradisional memegang dan menarik rambut ini,rawatan urut tradisional ini biasanya dibuat di akhir dan penutup rawatan urut tradisional tersebut.Rambut pelanggan akan dipegang oleh tukang urut tradisional,ditarik dan kemudian digoncangkan.Bagi pelanggan yang berkepala botak,tukang urut tradisional tidak akan melakukan rawatan urut tradisional memegang dan menarik rambut ini.Tukang urut tradisional sekadar mengurut sahaja bahagian kepala tersebut.
HERBA TRADISIONAL
Herba tradisional – bawang putih sebagai penawar kepada penyakit darah tinggi
Bawang
putih @ dikenali sebagai Allium sativum merupakan bahan yang seringkali
digunakan dalam masakan. Tahukah anda bahawa bawang putih juga boleh juga
bertindak sebagai herba untuk
rawatan penyakit? Pada zaman dahulu kebanyakkan mereka menggangap bahawa bawang
putih membawa kepada perkara yang tidak baik. Ini terbukti yang mana bagi
masyarakat Greek purba, mereka yang memakan bawang putih tidak dibenarkan masuk
ke dalam rumah suci. Bahkan juga kepercayaan yang mengatakan bawang putih telah
menyelamatkan Odysseus/Ulyses daripada ditukar kepada babi.
Walaupun bawang putih sering kali dikaitkan dengan perkara
yang tidak baik, tetapi ajaibnya tumbuhan ciptaan Allah ini, bawang putih telah
menjadi ubat untuk merawat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi,
kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Penerangan terperinci
mengenai bawang putih dalam rawatan sesuatu penyakit akan diterangkan dibawah.
-) Bawang putih dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi
Penyakit
darah tinggi adalah satu daripada penyakit yang sangat merbahaya untuk kesihatan
kita. Ini kerana apabila tekanan darah tinggi, pelbagai penyakit yang lain akan
muncul serentak dengan tekanan darah kita yang tinggi. Antara penyakit tersebut
ialah, penyakit jantung, Strok (angin ahmar) akibat saluran darah pecah @
tersumbat dan yang lebih teruk lagi akan berlaku kematian secara tiba-tiba
akibat daripada tekanan darah tinggi.
Kebanyakkan
ahli perubatan mendapati bawang putih adalah satu cara yang paling baik dalam
mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Bahkan bawang putih mampu memenuhi
semua keperluaan agen terapeutik yang baik untuk mengurang tekanan darah
tinggi. Bahkan kita tidak memerlukan lagi untuk mengambil ubat-ubatan moden
yang adakala membawa kesan sampingan yang tidak baik. Bahkan ia juga mampu
menaikkan balik darah seseorang yang mengalami masalah tekanan darah rendah.
Jadi
secara kesimpulan bawang putih mampu merawat penyakit tekanan darah tinggi,
bahkan ia juga mampu merawat penyakit tekanan darah rendah.
herba tradisional - habastus sauda
Dengan kecanggihan teknologi Sains pada masa kini, kita tidak boleh nafikan
bahawa perubatan moden telahpun banyak menyelamat ramai orang daripada pelbagai
jenis penyakit.
Kebanyakkan penyakit pada masa kini semua dirawat dengan
meggunakan ubat-ubatan moden yang banyak menggunakan bahan kimia yang kita
sendiri tidak tahu apa kandungan bahan kimia tersebut. Bahkan perubatan moden
seringkali menggunakan keadah pemmbedahan dalam proses merawat sesuatu
penyakit.
Walaubagaimanapun, Semua penggunaan ubat-ubatan moden
kebiasaan mempunyai risiko yang sangat tinggi. Bahkan penggunaan yang melebihan
dos boleh membawa kesan sampingan yang negatif kepada pengguna dan ia juga
boleh membunuh pengguna kesan lebihan dos penggunaan ubat-ubatan moden.
Disebabkan
oleh pelbagai kesan sampingan yang negatif hasil daripada penggunaan
ubat-ubatan moden. Adakala rawatan menggunakan herba tradisional ada
lebih baik daripada ubat-ubatan moden. Penggunaan herba tradisional sebagai
ubat-ubatan biasa dikategorikan sebagai kumpulan ubat-ubatan OTC (Over the
counter). Ubat-ubatan OTC ini adalah ubat-ubatan yang mempunyai jurang
keselamatan yang luas, yakni mempunyai risiko yang amat rendah jika ianya
digunakan secara betul. Namun demikian, penggunaan herba tradisional secara
berlebih – lebihan tidak membawa apa-apa kesan negatif kebiasaan sehingga ia
banyak digunakan dalam kesemua produk seharian seperti pracampuran kopi dengan
tongkat ali, teh dan sebagainya.
Penggunaan herba
tradisional dalam rawatan biasa diklasifikasi sebagai perubatan
tradisional. Dalam istilah moden, ia dikenali sebagai swapengubatan.
Swapengubatan banyak diamalkan di kebanyakkan negara maju. Bahkan dalam satu
kajian yang dijalankan di Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, 75 %
peratus masalah kesihatan yang dihadapi dapat diuruskan tanpa banyak mendapat
bantuan daripada golongan profesional. Ini juga menunjukkan bahawa rakyat di
negara-negara tersebut sudahpun mempunyai kesedaran penting untuk mereka
memelihara kesihatan mereka sendiri.
HERBA : Ficus Deltoidea - Mas Cotek
Keterangan:
Mas
Cotek atau nama saintifiknya Ficus Deltoidea dari famili Moraceae adalah
sejenis tumbuhan yang menumpang diatas pokok lain(epifit). Tapi ia juga boleh
hidup diatas tanah seperti tumbuhan lain juga.
Ia
juga dikenali dengan nama Telinga Beruk, Mas Secotek dan Serapat Angin.Pokok ni
ada pokok jantan dan pokok betinanya.Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz
daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina.
Selalunya ia tumbuh pada
ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi (atas pokok lain).
Kegunaan:
Untuk perubatan pokok ini
berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara
mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan
direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. minum airnya bila suam.
Ia juga boleh digunakan untuk
mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru
lepas bersalin.
Ia juga boleh digunakan untuk
mengubat paru-paru berair.Selain daripada daun dan akarnya yang direbus,
buahnya juga boleh dimakan untuk menyhatkan badan sebanyak 3-5 biji sehari.
Herba: Smilax Myosotiflora - Ubi Jaga
Keterangan:
Ubi
Jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur
tetapi kuat , berwarna hijau gelap.Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang
baru akan muncul dari buku-buku ini.
Jarak
antara buku atau nod ini antara 5 hingga 15 cm.Daunnya berbentuk bujur sirih
dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya.
Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun.
Ia dijumpai di Thailand , Pulau
Jawa Indonesia dan Semenanjung Malaysia. Ia tidak memerlukan cahaya matahari
yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah.
Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.
Kegunaan:
Di Malaysia kegunaan utama Ubi
Jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang
juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai
penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya
diminum.
Ia juga boleh mengubat demam
dengan kaedah yang sama.Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum
diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan
ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan
bertauliah
Herba: Andrographis Paniculata [ Hempedu Bumi ]
Keterangan:
Pokok
Hempedu Bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu Bumi banyak
dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut.
Hempedu
Bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh
mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun
secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di
hujung dan nipis di pangkal.
Kegunaan:
Daun hempedu bumi ini boleh
dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis.
Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya
supaya boleh diminum.
Daun ini juga boleh merawat luka
dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka
tersebut.
Kandungan bahan kimia daun ini
membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur
darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.
Air rebusan daun ini yang pahit
telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak
boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan
alam perubatan herba tempatan.
Tetapi rasa sebegitu sememangnya
tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar
kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan
boleh menyebabkan penyakit tertentu.
Tetapi jika diseimbangkan
pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang
mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu Bumi (nama saintifiknya adalah
Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai Akar
Cerita.
Pokok herba ini agak senang
dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun
yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar
masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi
tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.
Malah, tumbuhan ini juga sesuai
untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil
beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan
serangga itu.
Tetapi ia lebih popular dalam
merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita
perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian
rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu
menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit,
khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya.
Tetapi harus ingat, sebagaimana
tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk
minum sekali sehari.
Herba: Labisia Pumila [ Kacip Fatimah ]
Keterangan:
Kacip
Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumila dari famili Myrsinaceae adalah
sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara
liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras
laut.
Tumbuhan
ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan
akar).Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup
dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung
air.
3 jenis variasi yang biasa
dijumpai di malaysia ialah:Labisia Pumila Var Alata, Labisia Pumila Var Pumila
dan Labisia Pumila Var Lanceolata.
Kegunaan:
Kacip Fatimah begitu sinonim dgn
wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat
mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan
dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
Kacip Fatimah juga dikatakan
dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan
kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Sekarang banyak syarikat
pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas
bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan
merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air(seeloknya periuk
tanah) dan airnya diminum.
Ia juga boleh digunakan untuk
mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah
dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi
(rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu
tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan
kimia didalamnya.
Herba: Aloe Vera [ Lidah Buaya ]
Keterangan:
Aloe
vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga
dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat.
Nama
aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500
sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk
mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit.
Aloe
vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari
500 jenis aloe vera.
Aloe vera mengandungi 96%
kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin,
enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan
didalam pasu.Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya.
Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.
Aloe vera juga mempunyai bunga
yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika Utara.
Aloe Vera membiak dengan cara
pembahagian anak.Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile
tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)
Kegunaan:
Pengamal perubatan moden mula
menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah
daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.
Ia juga digunakan sebagai makanan
tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga
untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Ia juga mengandungi
sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus
besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid
berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar
menghadamkan makanan.
Ia boleh menolong melancarkan dan
membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui
dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang
dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.Bahan ini dapat
menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.
Untuk kegunaan dirumah pula, gel
yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur,
melepuh atau bangkat. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu
badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.
Lidah buaya juga membantu
mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat
dari gigitan serangga.
Untuk penggunakan kecantikan gel
dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka.
Ia juga menambahkan kelembapan
pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan
secara terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga
hancur, campurkan sedikit air.
Subscribe to:
Posts (Atom)