HERBA TRADISIONAL


Herba tradisional – bawang putih sebagai penawar kepada penyakit darah tinggi


Bawang putih @ dikenali sebagai Allium sativum merupakan bahan yang seringkali digunakan dalam masakan. Tahukah anda bahawa bawang putih juga boleh juga bertindak sebagai herba untuk rawatan penyakit? Pada zaman dahulu kebanyakkan mereka menggangap bahawa bawang putih membawa kepada perkara yang tidak baik. Ini terbukti yang mana bagi masyarakat Greek purba, mereka yang memakan bawang putih tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah suci. Bahkan juga kepercayaan yang mengatakan bawang putih telah menyelamatkan Odysseus/Ulyses daripada ditukar kepada babi.

Walaupun bawang putih sering kali dikaitkan dengan perkara yang tidak baik, tetapi ajaibnya tumbuhan ciptaan Allah ini, bawang putih telah menjadi ubat untuk merawat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Penerangan terperinci mengenai bawang putih dalam rawatan sesuatu penyakit akan diterangkan dibawah.

-) Bawang putih dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi adalah satu daripada penyakit yang sangat merbahaya untuk kesihatan kita. Ini kerana apabila tekanan darah tinggi, pelbagai penyakit yang lain akan muncul serentak dengan tekanan darah kita yang tinggi. Antara penyakit tersebut ialah, penyakit jantung, Strok (angin ahmar) akibat saluran darah pecah @ tersumbat dan yang lebih teruk lagi akan berlaku kematian secara tiba-tiba akibat daripada tekanan darah tinggi.

Kebanyakkan ahli perubatan mendapati bawang putih adalah satu cara yang paling baik dalam mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Bahkan bawang putih mampu memenuhi semua keperluaan agen terapeutik yang baik untuk mengurang tekanan darah tinggi. Bahkan kita tidak memerlukan lagi untuk mengambil ubat-ubatan moden yang adakala membawa kesan sampingan yang tidak baik. Bahkan ia juga mampu menaikkan balik darah seseorang yang mengalami masalah tekanan darah rendah.

Jadi secara kesimpulan bawang putih mampu merawat penyakit tekanan darah tinggi, bahkan ia juga mampu merawat penyakit tekanan darah rendah.




herba tradisional - habastus sauda






Dengan kecanggihan teknologi Sains pada masa kini, kita tidak boleh nafikan bahawa perubatan moden telahpun banyak menyelamat ramai orang daripada pelbagai jenis penyakit.


Kebanyakkan penyakit pada masa kini semua dirawat dengan meggunakan ubat-ubatan moden yang banyak menggunakan bahan kimia yang kita sendiri tidak tahu apa kandungan bahan kimia tersebut. Bahkan perubatan moden seringkali menggunakan keadah pemmbedahan dalam proses merawat sesuatu penyakit.

Walaubagaimanapun, Semua penggunaan ubat-ubatan moden kebiasaan mempunyai risiko yang sangat tinggi. Bahkan penggunaan yang melebihan dos boleh membawa kesan sampingan yang negatif kepada pengguna dan ia juga boleh membunuh pengguna kesan lebihan dos penggunaan ubat-ubatan moden.

Disebabkan oleh pelbagai kesan sampingan yang negatif hasil daripada penggunaan ubat-ubatan moden. Adakala rawatan menggunakan herba tradisional ada lebih baik daripada ubat-ubatan moden. Penggunaan herba tradisional sebagai ubat-ubatan biasa dikategorikan sebagai kumpulan ubat-ubatan OTC (Over the counter). Ubat-ubatan OTC ini adalah ubat-ubatan yang mempunyai jurang keselamatan yang luas, yakni mempunyai risiko yang amat rendah jika ianya digunakan secara betul. Namun demikian, penggunaan herba tradisional secara berlebih – lebihan tidak membawa apa-apa kesan negatif kebiasaan sehingga ia banyak digunakan dalam kesemua produk seharian seperti pracampuran kopi dengan tongkat ali, teh dan sebagainya.

Penggunaan herba tradisional dalam rawatan biasa diklasifikasi sebagai perubatan tradisional. Dalam istilah moden, ia dikenali sebagai swapengubatan. Swapengubatan banyak diamalkan di kebanyakkan negara maju. Bahkan dalam satu kajian yang dijalankan di Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, 75 % peratus masalah kesihatan yang dihadapi dapat diuruskan tanpa banyak mendapat bantuan daripada golongan profesional. Ini juga menunjukkan bahawa rakyat di negara-negara tersebut sudahpun mempunyai kesedaran penting untuk mereka memelihara kesihatan mereka sendiri.





HERBA : Ficus Deltoidea - Mas Cotek




Keterangan:
Mas Cotek atau nama saintifiknya Ficus Deltoidea dari famili Moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang diatas pokok lain(epifit). Tapi ia juga boleh hidup diatas tanah seperti tumbuhan lain juga.

Ia juga dikenali dengan nama Telinga Beruk, Mas Secotek dan Serapat Angin.Pokok ni ada pokok jantan dan pokok betinanya.Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina.

Selalunya ia tumbuh pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi (atas pokok lain).

Kegunaan:
Untuk perubatan pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. minum airnya bila suam. 

Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. 

Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair.Selain daripada daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan untuk menyhatkan badan sebanyak 3-5 biji sehari.


Herba: Smilax Myosotiflora - Ubi Jaga







Keterangan:

Ubi Jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat , berwarna hijau gelap.Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. 

Jarak antara buku atau nod ini antara 5 hingga 15 cm.Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya. Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun.

Ia dijumpai di Thailand , Pulau Jawa Indonesia dan Semenanjung Malaysia. Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.

Kegunaan:
Di Malaysia kegunaan utama Ubi Jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum.

Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah


Herba: Andrographis Paniculata [ Hempedu Bumi ]



Keterangan:
Pokok Hempedu Bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu Bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. 

Hempedu Bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan:
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. 
Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. 

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. 

Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.

Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. 

Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu Bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai Akar Cerita. 

Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. 

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. 

Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. 

Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.


 Herba: Labisia Pumila [ Kacip Fatimah ]





Keterangan:

Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. 

Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar).Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 

3 jenis variasi yang biasa dijumpai di malaysia ialah:Labisia Pumila Var Alata, Labisia Pumila Var Pumila dan Labisia Pumila Var Lanceolata.

Kegunaan:
Kacip Fatimah begitu sinonim dgn wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.

Kacip Fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air(seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. 

Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. 


Herba: Aloe Vera [ Lidah Buaya ]



Keterangan: 
Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat.

Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. 
Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera. 

Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.
Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika Utara.

Aloe Vera membiak dengan cara pembahagian anak.Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)

Kegunaan:
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.

Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.

Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.

Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.
Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka.

Ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.

No comments:

Post a Comment